Saturday, 7 April 2012

Bagaimana atasi lupa?



KALAU ORANG TUA JADI PELUPA ,KITA MUNGKIN KATA DIA NYANYUK . TETAPI KALAU MASIH MUDA BELIA,SEGAR SIHAT,DAN KUAT BERTENAGA SUDAH JADI PELUPA , ERMM, MUNGKIN ADA SESUATU YANG TIDAK KENA .MALAH KALAU SELALU SANGAT TERLUPA DAN DIBIARKAN SAJA ,BOLEH MENYEBABKAN JADI MUNDUR .


Menurut Prof. Denise Park ,pengarah center for Ageing and Congition, Michigan University , Amerika Syarikat , lupa pada usia muda dikategorikan lupa yang lumrah ( benign forgetfulness.) Namun, jika sikap itu berterusan menyebabkan kemunduran daya ingatan .

Secara fisiologi, menurutnya, fungsi otak yang membabitkan daya ingatan dan kecerdasan dasar, ada kaitan dengan fungsi otak kanan. Apabila usia bertambah laju penurunan fungsi otak kanan biasanya kurang digunakan . Bagaimana untuk mengaktifkan fungsi otak kanan agar tidak termasuk dalam 'penyakit lupa'.

RAJIN MEMBACA
Jangan batasi buku,majalah,atau tabloidyang kita minati sahaja.Cubalah buku yang sama sekali belum kita kuasai. Lakukan 'reakresi' kreatif ini dengan ghairah seperti anak-anak yang baru sahaja masuk sekolah kerana latihan ini dapat mengasah daya ingatan.

MAIN SILANG KATA
Kegiatan ini boleh merangsangfungsi otak kanan,mengaktifkan kemampuan konsentrasi,perhatian, orientasi dan imaginasi .Mainlah catur,puzzle,monopoli dan permainan tradisional, seperti congkak.

MEDITASI DAN RELAKSASI

Lakukan meditasi secara teratur untuk meningkatkan kekuatan dan kemampuan agar kita lebih fokus .

HIDU AROMA TERTENTU

Saraf pusar pengingatan dan saraf pusat pembau terletak berturutan di dalam otak. Menghafal dengan disertai aroma dikatakan boleh memudahkan kita menggali kembali ingatan ketika kita mencium aromayang sama.


~mencuba tidak salah yang penting dalam landasan yang betul.~