Saturday 7 April 2012

Bagaimana atasi lupa?



KALAU ORANG TUA JADI PELUPA ,KITA MUNGKIN KATA DIA NYANYUK . TETAPI KALAU MASIH MUDA BELIA,SEGAR SIHAT,DAN KUAT BERTENAGA SUDAH JADI PELUPA , ERMM, MUNGKIN ADA SESUATU YANG TIDAK KENA .MALAH KALAU SELALU SANGAT TERLUPA DAN DIBIARKAN SAJA ,BOLEH MENYEBABKAN JADI MUNDUR .


Menurut Prof. Denise Park ,pengarah center for Ageing and Congition, Michigan University , Amerika Syarikat , lupa pada usia muda dikategorikan lupa yang lumrah ( benign forgetfulness.) Namun, jika sikap itu berterusan menyebabkan kemunduran daya ingatan .

Secara fisiologi, menurutnya, fungsi otak yang membabitkan daya ingatan dan kecerdasan dasar, ada kaitan dengan fungsi otak kanan. Apabila usia bertambah laju penurunan fungsi otak kanan biasanya kurang digunakan . Bagaimana untuk mengaktifkan fungsi otak kanan agar tidak termasuk dalam 'penyakit lupa'.

RAJIN MEMBACA
Jangan batasi buku,majalah,atau tabloidyang kita minati sahaja.Cubalah buku yang sama sekali belum kita kuasai. Lakukan 'reakresi' kreatif ini dengan ghairah seperti anak-anak yang baru sahaja masuk sekolah kerana latihan ini dapat mengasah daya ingatan.

MAIN SILANG KATA
Kegiatan ini boleh merangsangfungsi otak kanan,mengaktifkan kemampuan konsentrasi,perhatian, orientasi dan imaginasi .Mainlah catur,puzzle,monopoli dan permainan tradisional, seperti congkak.

MEDITASI DAN RELAKSASI

Lakukan meditasi secara teratur untuk meningkatkan kekuatan dan kemampuan agar kita lebih fokus .

HIDU AROMA TERTENTU

Saraf pusar pengingatan dan saraf pusat pembau terletak berturutan di dalam otak. Menghafal dengan disertai aroma dikatakan boleh memudahkan kita menggali kembali ingatan ketika kita mencium aromayang sama.


~mencuba tidak salah yang penting dalam landasan yang betul.~

Friday 6 April 2012

Kalau Berjanji ..

apa khabar? Sihat? Bagus ..hehe lama ak ndak ksi update ni blog .buzy .banyak jak dibuat walaupun ak sekarang bergelar penganggur terhornat . Haha k. Kali nie aku mw story pasal janji .ermm. Kadang- kadang kita suka betul kan lupa janji .ishh ishh.tak patut .begini ceritanya ..


Seorang sahabat,Abdullah bin Abdul Khansa menceritakan ,dia pernah berjanji sesuatu dengan Rasulullah ( ketika Rasulullah belum menjadi nabi).
Dia berjanji untuk menyerahkan suatu barang kepada Rasulullah di suatu tempat dan pada waktu tertentu .

Namun malangnya, Abdullah terlupa mengenai janji pada hari itu. Hanya pada hari ketiga ,baru dia teringat mengenai janji itun lalu bergegas ke tempat yang di janjikan . Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Rasulullah masih menunggu di situ .



Kata Rasulullah kepadanya ;

" wahai anak muda ,engkau telah menyakiti aku dengan janjimu ..kerana aku telah berada disini menunggumu sejak tiga hari yang lalu.."


Kita manusia sering alpa dan lupa .seperti saya juga ..apapun kita cubala tepati janji jadi orang pun boleh percaya kan kita . Tu ajalah .hihi daaaaa~